TERIMA KASIH BUAT ANDA YANG SETIA BERSAMA KSC..WE LOVE YOU ALL..:)

~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..

AMALAN PEMAKANAN @ KSC

KCS  samada taska mahupun tadika sentiasa mendidik anak-anak asuhan serta murid-murid untuk lebih mendekati resepi makanan sihat. Walaubagaimanapun, KSC sesekali tidak lupa untuk menjamu serta menyediakan sesuatu yang di luar menu sihat sekali-sekala. Apa salahnya kan,sekali-sekala jer :)

Alhamdullillah.. respond cukup baik dari semua anak-anak asuhan serta murid-murid Teacher apabila hampir 85% daripada mereka dapat menerima menu kesihatan @KSC bahkan telah menjadi "favourite food" mereka.
Nak tau apa menunya???


Minum petang :  Bubur Manis + Air Masak ( Seimbang)


Ermm...bukan nak dirahsiakan..tetapi menu kesukaan mereka adalah SUP. Dalam seminggu hampir 3-4 kali menunya adalah sup..Sup Ayam..Sup Sayur..Sup Telur..Sup Macaroni dan macam-macam jenis sup lagilah. Selain sup banyak lagi menu lain yang telah Teacher dan Cikgu Auntie sediakan antaranya ialah Sosej Masak Sos, Kari Ayam, Tomyam Ayam, Telur Dadar, Sayur Goreng, dan sebagainya untuk tujuan "variety", tapi apa yang Teacher nampak, jika menu yang disediakan adalah bukan SUP, ermm...alamatnya sampai ke petanglah periuk tu lambat kosong...

Hanya segelintir sahaja yang suka, kebanyakannya tidak gemar...yang lebih digemari mereka adalah SUP
Alhamdullilah, sebenarnya SUP merupakan makanan yang berkhasiat, lebih-lebih lagi SUP SAYUR. Realiti @ KSC sekarang adalah murid-murid serta anak-anak teacher ni sangat suka sayur..lagi-lagilah bagi anak-anak Teacher yang berusia 1-4 tahun. Murid-murid tadika pun "no problem". Mula-mula dulu agak susah juga untuk teacher dan Cikgu Auntie nak pujuk mereka makan sayur, but now..sayur dah jadi makanan yang mudah dimakan dan senang diterima. Syukur Alhamdullillah.....

Untuk minuman, Teacher lebih gemar anak-anak Teacher dan murid-murid tadika banyak minum air masak. Tapi  untuk sarapan dan  minum petang sahaja KSC menyediakan air manis....Bukan apa, sepanjang usaha ini, (menyediakan makanan yang berkhasiat- MENU SIHAT) tahap kesihatan anak-anak asuhan dan jagaan KSC semakin terjamin. Minuman sejuk( berais batu) adalah sangat tidak digalakkan. Dulu teacher ada juga sesekali menyediakan minuman sejuk, tapi nampaknya selain untuk memberikan yang terbaik kepada mereka, Teacher juga dah beri penyakit kepada mereka. Batuk adalah musuh utama. Bermula dengan batuk seterusnya muntah-muntah dan akhirnya tak lalu makan.

So....no more minuman sejuk..





Suasana minum petang : Roti Jagung dan Teh Suam

p/s~ menu sihat adalah makanan yang terbaik untuk anak-anak anda. Usah risau KSC akan memberikan yang terbaik untuk mereka.


~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..

SHARE @ KSC ~ DOA BANGUN TIDUR


Membaca dan menghafal doa berserta ertinya.



Ertinya: Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati (tidur) kami dan kepadaNya kami kembali.


p/s ~ KSC senantiasa menjadikan doa satu amalan harian murid-murid disini...anda pun cubalah...:)

~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..

PENDAFTARAN TADIKA 2013 TELAH DIBUKA!!


Aktiviti Amal~ Tadika Kasih Si Comel

Alhamdulillah..kehadiran penuh  murid tadika KSC hari ni telah memberikan suasana ceria dan gembira sepanjang pagi ini. Setiap Selasa, rutin biasa kami adalah pendidikan jasmani dan kesihatan. Semua murid    telah diberikan kebebasan untuk bermain dan ternyata murid lelaki lebih gemar "bola sepak" manakala murid perempuan lebih sukakan permainan yang santai seperti bermain jongkang-jongkit, buaian dan "nenek-nenek si bongkok tua". Apa-apa pun...best sangat dorang pagi ni....

Ermm..aktiviti pagi ni telah diserikan lagi dengan kerja amal  iaitu mengutip sampah dikawasan dan disekitar taman permainan kami ni. Bukannnya apa, keadaan padang nampak kotor sangat dengan sampah-sarap yang berada dimerata-rata tempat.Sakit mata kami memandangnya. Oleh sebab itu, teacher membuat keputusan untuk mengadakan aktiviti tambahan ni...baik-baik betul murid-murid teacher ni, mereka menyokong keputusan ni dan terus mengutip dengan gembira sekali.  Masing-masing bersemangat untuk mengutip dan mengumpul sampah yang paling banyak. Sebelum aktiviti dijalankan dengan pantasnya teacher membahagikan mereka kepada 4 kumpulan yang dianggotai oleh 3 orang dalam setiap kumpulan. Respond yang cukup baik ni sekaligus telah  memberikan mereka suatu pengalaman yang berharga.

Kump 1: Adam Harris, Najwa Farhani,dan Ainul Farhanah

Kump 2: Muhammad Farhan, Muhammad Adham Syukran, dan Naufal Hakim

Kump 3: Hikal Aiman, Nur Alia Nabila, dan Farrish Damian

Kump 4: Aminur Akiff, Muhammad Afiq farhan, dan Nurin Kamilia
Banyak nilai-nilai murni yang boleh dipupuk sepanjang aktiviti ni seperti saling bantu membantu, bekerjasama, menghormati rakan sekumpulan dan dapat mempelajari betapa pentingnya kita semua menjaga kebersihan alam sekitar. Aktiviti ni sekaligus dapat menanam sikap bertanggungjawab dalam diri mereka supaya dapat menjaga kebersihan alam sekitar dan "tak boleh buang sampah merata-rata, nanti tak cantik".



Beginilah keadaan padang selepas selesai murid-murid Tadika Kasih Si Comel mengutip sampah. "Wah, padang menjadi bersih dan kelihatan segar kembali! Nyaman rasanya!". Terima kasih diucapkan kepada semua murid-murid teacher yang telah beramal kepada penduduk sekitar taman permainan ini.

Pesanan dari murid-murid tadika KSC~ "jagalah kebersihan padang kita ye...jangan buang sampah merata-rata lagi ye kawan-kawan..."

Sedikit oleh-oelh untuk anda semua...koleksi gambar sepanjang aktiviti...~~Terima kasih!!















~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..

10/6/2012 @ 5 p.m





~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..

Minum petang @ 6 JUNE

 @ minum petang ~ rutin~berdoa baru mkn...



anak-anak KSC look happy jer...sayang kamooooo...



~Naufal wits his KSC sis...~

ALI AZFAR ~ dah pandai ngomong....selera bertambah..Alhamdulillah...

Apakah perbezaan diantara Iffat n Imran bila senyum? Cuba teka....

Ceria sokmo....


~Susu time~@ evening...






~ Leka menonton TV~


~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..

NEW LOOK INSIDE!!~ TASKA KASIH SI COMEL











"KESELESAAN MEREKA KEUTAMAAN KAMI ~ UTAMAKAN KEBERSIHAN"
~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..