- Keselamatan - Kami sentiasa memastikan bayi dan anak-anak kecil anda jauh dari sebarang risiko yang boleh mendatangkan bahaya. Susun atur perabot dan koordinasi persekitaran dicipta dalam lingkungan garisan selamat. Setiap aktiviti yang diatur, adalah dibawah pengawasan guru bertugas.
- Kebersihan Tempat Tinggal- Kebersihan merupakan asas utama bagi mencegah sebarang risiko kepada sebarang penyakit. Setiap bahagian luar dan dalam taska, tadika, dan pusat transit dipastikan sentiasa bersih dan kemas bagi mewujudkan persekitaran yang kemas, bersih dan teratur. Kami amat mementingkan KEBERSIHAN~ anda usah risau.
- Kebersihan Anak-Anak Asuhan - Lampin dan pakaian bayi serta kanak-kanak sentiasa diawasi. Persalinan akan dilakukan dalam 2-4 kali sehari. Persalinan yang kerap adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang bakteria atau kuman pada tubuh bayi dan kanak-kanak yang disebabkan oleh peluh berdasarkan cuaca yang agak panas. Persalinan bergantung kepada cuaca.Oleh itu, anda dituntut untuk menyediakan pakaian yang secukupnya kepada anak-anak anda.
- Pendidikan - Pelajar asuhan mula dididik seawal 1 tahun.Para guru akan sentiasa berinteraksi dengan semua pelajar melalui perbualan, arahan, permainan, pertanyaan, larangan, dan sebagainya. Kelas belajar harian bagi kanak-kanak 2-4 tahun telah diwujudkan demi mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Pengisian tersebut melibatkan aktiviti seperti nyanyian lagu kanak-kanak, hafazan doa dan surah, sebutan perkataan dwi bahasa, pengiraan, dan sebagainya bagi menyediakan pelajar kepada pra-tadika. Pastinya anak-anak anda amat menyukainya.
- Kesihatan - Kami sentiasa memastikan kesihatan anak-anak anda terjaga. Anda dialu-alukan untuk menyediakan ubat sekiranya bayi dan anak-anak anda demam atau sebagainya. Pihak Kasih Si Comel akan sentiasa membantu para ibubapa untuk memulihkan kesihatan kanak-kanak asuhan. Bagi penyakit yang berjangkit, anda disarankan untuk mengkuarantinkan anak-anak terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang jangkitan kepada kanak-kanak lain.
Terima Kasih, Anda Pelawat Ke
Keutamaan Kami
SELAMAT DATANG KE LAMAN KASIH SI COMEL!
Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dari masa ke semasa. Dengan menjadikan keluarga anda sebagai warga Kasih Si Comel, kami disini sentiasa menghargai anda dan mencuba yang terbaik demi kebajikan anak-anak anda. Demi menjaga mutu perkhidmatan, banyak faktor yang menjadi keutamaan kami. Keutamaan-keutamaan tersebut adalah;
Subscribe to:
Posts (Atom)