AMALAN PEMAKANAN @ KSC

KCS  samada taska mahupun tadika sentiasa mendidik anak-anak asuhan serta murid-murid untuk lebih mendekati resepi makanan sihat. Walaubagaimanapun, KSC sesekali tidak lupa untuk menjamu serta menyediakan sesuatu yang di luar menu sihat sekali-sekala. Apa salahnya kan,sekali-sekala jer :)

Alhamdullillah.. respond cukup baik dari semua anak-anak asuhan serta murid-murid Teacher apabila hampir 85% daripada mereka dapat menerima menu kesihatan @KSC bahkan telah menjadi "favourite food" mereka.
Nak tau apa menunya???


Minum petang :  Bubur Manis + Air Masak ( Seimbang)


Ermm...bukan nak dirahsiakan..tetapi menu kesukaan mereka adalah SUP. Dalam seminggu hampir 3-4 kali menunya adalah sup..Sup Ayam..Sup Sayur..Sup Telur..Sup Macaroni dan macam-macam jenis sup lagilah. Selain sup banyak lagi menu lain yang telah Teacher dan Cikgu Auntie sediakan antaranya ialah Sosej Masak Sos, Kari Ayam, Tomyam Ayam, Telur Dadar, Sayur Goreng, dan sebagainya untuk tujuan "variety", tapi apa yang Teacher nampak, jika menu yang disediakan adalah bukan SUP, ermm...alamatnya sampai ke petanglah periuk tu lambat kosong...

Hanya segelintir sahaja yang suka, kebanyakannya tidak gemar...yang lebih digemari mereka adalah SUP
Alhamdullilah, sebenarnya SUP merupakan makanan yang berkhasiat, lebih-lebih lagi SUP SAYUR. Realiti @ KSC sekarang adalah murid-murid serta anak-anak teacher ni sangat suka sayur..lagi-lagilah bagi anak-anak Teacher yang berusia 1-4 tahun. Murid-murid tadika pun "no problem". Mula-mula dulu agak susah juga untuk teacher dan Cikgu Auntie nak pujuk mereka makan sayur, but now..sayur dah jadi makanan yang mudah dimakan dan senang diterima. Syukur Alhamdullillah.....

Untuk minuman, Teacher lebih gemar anak-anak Teacher dan murid-murid tadika banyak minum air masak. Tapi  untuk sarapan dan  minum petang sahaja KSC menyediakan air manis....Bukan apa, sepanjang usaha ini, (menyediakan makanan yang berkhasiat- MENU SIHAT) tahap kesihatan anak-anak asuhan dan jagaan KSC semakin terjamin. Minuman sejuk( berais batu) adalah sangat tidak digalakkan. Dulu teacher ada juga sesekali menyediakan minuman sejuk, tapi nampaknya selain untuk memberikan yang terbaik kepada mereka, Teacher juga dah beri penyakit kepada mereka. Batuk adalah musuh utama. Bermula dengan batuk seterusnya muntah-muntah dan akhirnya tak lalu makan.

So....no more minuman sejuk..





Suasana minum petang : Roti Jagung dan Teh Suam

p/s~ menu sihat adalah makanan yang terbaik untuk anak-anak anda. Usah risau KSC akan memberikan yang terbaik untuk mereka.


~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..