Ermm..aktiviti pagi ni telah diserikan lagi dengan kerja amal iaitu mengutip sampah dikawasan dan disekitar taman permainan kami ni. Bukannnya apa, keadaan padang nampak kotor sangat dengan sampah-sarap yang berada dimerata-rata tempat.Sakit mata kami memandangnya. Oleh sebab itu, teacher membuat keputusan untuk mengadakan aktiviti tambahan ni...baik-baik betul murid-murid teacher ni, mereka menyokong keputusan ni dan terus mengutip dengan gembira sekali. Masing-masing bersemangat untuk mengutip dan mengumpul sampah yang paling banyak. Sebelum aktiviti dijalankan dengan pantasnya teacher membahagikan mereka kepada 4 kumpulan yang dianggotai oleh 3 orang dalam setiap kumpulan. Respond yang cukup baik ni sekaligus telah memberikan mereka suatu pengalaman yang berharga.
Kump 1: Adam Harris, Najwa Farhani,dan Ainul Farhanah |
Kump 2: Muhammad Farhan, Muhammad Adham Syukran, dan Naufal Hakim |
Kump 3: Hikal Aiman, Nur Alia Nabila, dan Farrish Damian |
Kump 4: Aminur Akiff, Muhammad Afiq farhan, dan Nurin Kamilia |
Beginilah keadaan padang selepas selesai murid-murid Tadika Kasih Si Comel mengutip sampah. "Wah, padang menjadi bersih dan kelihatan segar kembali! Nyaman rasanya!". Terima kasih diucapkan kepada semua murid-murid teacher yang telah beramal kepada penduduk sekitar taman permainan ini.
Pesanan dari murid-murid tadika KSC~ "jagalah kebersihan padang kita ye...jangan buang sampah merata-rata lagi ye kawan-kawan..."
Sedikit oleh-oelh untuk anda semua...koleksi gambar sepanjang aktiviti...~~Terima kasih!!
~Dijamin servis terbaik~
Terima Kasih diatas kerjasama anda..