TUISYEN~ Jadual Ganti


Sila hadirkan diri mengikut masa masing-masing. T.q :)

~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..

Tips untuk mendidik anak-anak

Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh . Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari jadi nya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

p/s : KSC sentiasa mengamalkan tips di atas ...anda bagaimana?Selamat mencuba..dan selamat berjaya :)

~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..

Tips mudah menidurkan bayi anda ~amalan KSC

"Kaedah Teacher Ros" merupakan kaedah   yang berjaya digunakan di KSC bagi menidurkan bayi anda supaya mendapat tidur yang nyenyak. Disamping rutin-rutin biasa sebelum menidurkan bayi, Kaedah Teacher Ros yang paling diamalkan di KSC adalah membedung. Kaedah membedung bayi merupakan satu kejayaan yang menjadi amalan guru-guru serta kakitangan di KSC bagi menidurkan bayi anda. Ingin tahu mengapa Teacher Ros menggunakan kaedah ini?

  1.  Ketika membedung, bayi anda umpama masih berada didalam rahim anda yang dikandung selama 9 bulan. Bayi akan berasa lebih hangat, selamat dan selesa dengan itu mudah baginya untuk melelapkan mata dan tidur dengan nyenyak.
  2. Bayi yang berbedung, tidak akan mudah tersentak atau terkejut dari sebarang bunyi kuat atau dari tangisan bayi-bayi lain. Ikatan bedung yang kejap akan memberikan keselesaan kepada bayi untuk tidur nyenyak tanpa gangguan walaupun dari bunyi yang kuat.
  3. Kaedah membedung akan meluruskan kaki bayi kelak~ bak kata orang tua-tua tidak pengkar.
  4. KSC mengamalkan kaedah membedung atas tujuan keselamatan. Dengan membedung, bayi anda tidak akan menggosok atau mencakar muka sendiri jika tidak memakai sarung tangan bahkan terselamat dari gigitan serangga, terhindar dari risiko kain selimut menutupi muka( masalah pernafasan) dan  sebagainya.
  5. Selepas membedung, bayi kemudiannya akan ditidurkan secara mengiring dengan bantal kecil disendalkan ditepi kiri dan kanan dibahagian bawah tilam nipis mereka. Kaedah menyendal bantal perlu supaya tidur bayi anda sentiasa mengiring.
  6. Alihkan bayi anda sekali-sekala  ke kiri atau ke kanan( mengiring) supaya bayi terus nyenyak tanpa lenguh badan.
  7. Tidurnya pasti nyenyak, mungkin 1-2 jam atau mungkin juga 4-6 jam bergantung kepada bayi masing-masing. Waktu bangunnya pasti menceriakan anda.
p/s ~ Susukan dahulu bayi anda sebelum membedung dan pastikan lampin pakai buang masih kering.


* Elakkan menyusu tanpa pengawasan. Kaedah tidur berbedung dan mengiring pasti membantu anda menyelamatkan anak anda jika tersedak atau termuak. Latih bayi anda supaya berbedung seawal kelahirannya.

Selamat mencuba.....mudah dan selamat..


~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..