"Kaedah Teacher Ros" merupakan kaedah yang berjaya digunakan di KSC bagi menidurkan bayi anda supaya mendapat tidur yang nyenyak. Disamping rutin-rutin biasa sebelum menidurkan bayi, Kaedah Teacher Ros yang paling diamalkan di KSC adalah membedung. Kaedah membedung bayi merupakan satu kejayaan yang menjadi amalan guru-guru serta kakitangan di KSC bagi menidurkan bayi anda. Ingin tahu mengapa Teacher Ros menggunakan kaedah ini?
* Elakkan menyusu tanpa pengawasan. Kaedah tidur berbedung dan mengiring pasti membantu anda menyelamatkan anak anda jika tersedak atau termuak. Latih bayi anda supaya berbedung seawal kelahirannya.
Selamat mencuba.....mudah dan selamat..
~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..
- Ketika membedung, bayi anda umpama masih berada didalam rahim anda yang dikandung selama 9 bulan. Bayi akan berasa lebih hangat, selamat dan selesa dengan itu mudah baginya untuk melelapkan mata dan tidur dengan nyenyak.
- Bayi yang berbedung, tidak akan mudah tersentak atau terkejut dari sebarang bunyi kuat atau dari tangisan bayi-bayi lain. Ikatan bedung yang kejap akan memberikan keselesaan kepada bayi untuk tidur nyenyak tanpa gangguan walaupun dari bunyi yang kuat.
- Kaedah membedung akan meluruskan kaki bayi kelak~ bak kata orang tua-tua tidak pengkar.
- KSC mengamalkan kaedah membedung atas tujuan keselamatan. Dengan membedung, bayi anda tidak akan menggosok atau mencakar muka sendiri jika tidak memakai sarung tangan bahkan terselamat dari gigitan serangga, terhindar dari risiko kain selimut menutupi muka( masalah pernafasan) dan sebagainya.
- Selepas membedung, bayi kemudiannya akan ditidurkan secara mengiring dengan bantal kecil disendalkan ditepi kiri dan kanan dibahagian bawah tilam nipis mereka. Kaedah menyendal bantal perlu supaya tidur bayi anda sentiasa mengiring.
- Alihkan bayi anda sekali-sekala ke kiri atau ke kanan( mengiring) supaya bayi terus nyenyak tanpa lenguh badan.
- Tidurnya pasti nyenyak, mungkin 1-2 jam atau mungkin juga 4-6 jam bergantung kepada bayi masing-masing. Waktu bangunnya pasti menceriakan anda.
* Elakkan menyusu tanpa pengawasan. Kaedah tidur berbedung dan mengiring pasti membantu anda menyelamatkan anak anda jika tersedak atau termuak. Latih bayi anda supaya berbedung seawal kelahirannya.
Selamat mencuba.....mudah dan selamat..
~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..