SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum ... Terima Kasih kepada yang sudi membaca blog teacher ni yang dah agak lama menyepi. ... Tapi blog je yang dah lama menyepi. ..tetapi Kasih Si Comel tetap beroperasi seperti biasa. ... :) dibuka setiap hari :) beroperasi 24 jam sehari :) Normal: 6.30 pg -6.30 ptg (12 jam) Alhamdulliah....Taska Tadika transit KASIH SI COMEL masih menjadi pilihan kebanyakan ibubapa yang mementingkan KUALITI asuhan dan jagaan serta pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak... Kini sudah lebih 4 tahun beroperasi..rata-rata berpuas-hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan dan diberikan....jangan risau yuran yang dikenakan amatlah berpatutan dengan penjagaan,asuhan serta menyediakan Kelengkapan dan kemudahan TERBAIK dari kami kepada anda sekeluarga khususnya kepada si comel anda. Usah ragu dengan keselamatan si comel kerana di KASIH SI COMEL...keselamatan dan kebersihan merupakan aspek penting yang dititik beratkan dalam penjagaan setiap hari. Selain kekemasan serta kebersihan diri si comel. ...kebersihan tempat tinggal serta kawasan persekitaran sentiasa dipantau rapi demi mengikut piawaian kebersihan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan juga termasuk tahap piawaian oleh pengetua iaitu Teacher Ros sendiri... Setiap guru serta pengasuh juga adalah dikalangan kakitangan yang terlatih,berkelayakan serta LULUS dalam latihan amali yang diberikan oleh pihak pengurusan KASIH SI COMEL sendiri... Kami di KSC sentiasa menerima dengan hari yang terbuka untuk menerima segala tunjuk ajar, teguran, serta kritikan membina dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan yang dikasihi. ..Siapalah kami (KASIH SI COMEL) tanpa anda disisi yang senantiasa memberikan ruang dan peluang kepada kami untuk terus berkhidmat dengan jujur dan ikhlas serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dari hari ke hari... dikesempatan ini saya ( Teacher Ros ) mewakili seluruh warga kerja KASIH SI COMEL ingin memberi sejuta penghargaan kepada semua pelanggan yang setia bersama kami...
Seterusnya mengambil peluang ini untuk mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DAN SELAMAT BERPUASA kepada semua pelanggan yang dikasihi menjelang tibanya BULAN RAMADHAN 2-3 hari je lagi....peace!! ~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..