FROM THE BOTTOM OF MY HEART~~ THANKS TO ALL FOR THE SURPRISED PARTY FOR ME!// TEACHERROS



Salam kepada semua pembaca sekalian..rasanya sudah sekian lama teacherros tidak menulis apa-apa di dalam blog KSC ni..rindu rasanya...
Alhamdullillah...selama teacherros menyepikan diri dari blog ini, banyak usaha-usaha lain yang teacher lakukan di luar @ KSC ~ PENDAFATARAN 2013. Demi menyediakan yang terbaik menjelang sesi persekolahan 2013 buat semua bakal murid-murid teacher ni ..maka terpaksalah teacherros berkorban sedikit masa dan waktu demi menumpukan kepada beberapa yang lebih penting.

Syukur juga kepada ALLAH s.w.t kerana dengan keizinanNya KSC telah berjaya menjayakan Hari Sukaneka pada 15 Disember 2012 dengan bantuan ibubapa-ibubapa sekalian. Sejujurnya pertolongan serta bantuan kalian amat saya hargai dalam memeriahkan majlis yang sangat dinanti-nantikan ini. Terima Kasih...diharapkan usaha ini akan berterusan dan terus mendapat sokongan daripada ibubapa sekalian.

Menjelang 1 Januari 2013, maka terciptalah satu sejarah baru buat Kasihsicomel sendiri apabila telah berjaya menerima kemasukan baru lebih daripada yang dijangkakan. Alhamdullilah..kemasukan tahun ini melebihi tahun yang sebelumnya. Terima kasih juga kepada semua ibubapa yang semakin meyakini kemampuan guru-guru dibawah Kasihsicomel ini. Teacherros sendiri senantiasa akan menyediakan serta memberikan guru-guru yang terbaik untuk semua murid teacher yang disayangi ni. Mudah-muadahan usaha murni ini akan mendapat kepercayaan serta sokongan daripada anda sekeluarga.

Tahun 2013 ini sememangnya tahun yang lebih menggembirakan teacherros apabila banyak khabar positif yang teacher dengar daripada  ibubapa mengenai prestasi murid-murid dan bekas murid teacher di KSC. Dengar khabarnya, bekas murid teacherros @ KSC 2012 yang kini telah memasuki tahun satu di sekolah rendah, semuanya telah berjaya berada di dalam kelas teratas ( Kelas A). Syukur alhamdullilah...teacherros sangat happy tau!!. Selain itu juga, baru-baru ni teacher diziarahi  oleh bekas murid teacherros@ Tadika KSC 2011 ( batch pertama) dan dengar khabarnya juga murid teacher ni juga berjaya masuk kelas tahun 2A...selain tu, banyak lagi khabar positif yang teacher dengar. Apa-apapun teacher nak ucapkan TAHNIAH kepada semua bekas murid teacher yang telah berjaya. Teacherros akan sentiasa mendoakan kejayaan serta kecemerlangan kalian walau dimana kalian berada.

Baru-baru ni juga teacher telah dikejutkan dengan "surprised birthday party" oleh perancang majlis iaitu Cikgu Auntie (Syikin) yang dibantu oleh guru-guru serta kakitangan  KSC sendiri yang turut dimeriahkan oleh ucapan-ucapan serta gelak tawa murid-murid teacher ni. Semua nampak happy jer..semua nampak "excited" untuk meraikannya bersama-sama. bukan teacher sahaja yang diraikan tetapi turut dilangsungkan bersama "belated birthday party" buat Muhammad Haziq Aminudin yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-6 pada 16 Januari 2012 yang lalu. Anyway..that's a nice party and i'm very happy for that...thanks to all..





Amacam?? kan teacher dah kata..semua enjoykan?? 

~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..