Salam MERDEKA! ermm...selepas sebulan berpuasa..Akhirnya Syawal tiba dengan mulia dan meriah sekali. Alhamdullilah, Syawal diraikan dengan penuh makna walaupun tidak terlepas dengan dugaan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Di dalam bulan Ramadhan jugalah umat manusia khususnya umat ISLAM diduga dan diuji oleh ALLAH S.W.T. Barangsiapa yang sabar..maka ANDA pasti berjaya mengharunginya..
DAN...tidak lama lagi, 31 Ogos pula akan tiba dimana rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 dengan penuh kemeriahan. Di manakah anda pada 31 OGOS 1957?
Pada waktu tu, teacher masih belum dilahirkan..JAAFAR DAUD (arwah ayahanda) dilahirkan pada tahun 1936 manakala SITI ASA KAMIS( ibunda) dilahirkan pada tahun 1953. Ketika laungan MERDEKA oleh Tunku Abdul Rahman di Dataran Merdeka, arwah ayahanda ketika itu berusia 21 tahun manakala ibunda baru mencecah 4 tahun.Tidak banyak pengalaman yang boleh diceritakan ibunda mengenai sejarah sebelum kemerdekaan berlainan pula dengan arwah ayahanda yang ketika itu sudah dewasa.
Banyak kisah dan pengalaman berharga yang pernah diceritakan oleh beliau mengenangkan nasib orang melayu ketika itu. Beliau sendiri pernah dikejar tentera komunis sehinggakan terpaksa bersembunyi dicelah-celah hutan pokok getah. Selain ketandusan ilmu pengetahuan serta pendidikan ..terpaksa pula menginap dan berteduh dipondok berlantai dan berdindingkan buluh semata. Tidak dapat digambarkan dimata ini, bertapa susah dan payahnya beliau mengharungi kehidupan ketika itu.
Arwah ayanda merupakan anak yatim piatu sejak kecil, maka setiap langkah hidupnya disusun dan diaturnya sendiri. Alhamdullillah..beliau berjaya mengharunginya sehinggalah tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 31 OGOS 1957. Ibunda merupakan isteri yang dinikahi beliau ketika berusia 45 tahun manakala ibunda mencapai usia 26 tahun ketika itu. ( Macam Siti Nurhaliza dan Dato' K tue). Alhamdullilah..perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat apabila beliau telah kembali ke RAHMATULLAH pada tanggal 30 OKTOBER 2003. AL- FATIHAH
Kisah dan pengalaman yang telah dicerita dan dikongsikan oleh beliau banyak mengajar Teacher tentang erti kehidupan sebenar. Mengajar teacher untuk lebih mengenali dan menghargai erti kemerdekaan. Bukan sekadar merdeka yakni bebas dari penjajah..bahkan MERDEKA dari semua sudut kehidupan, hati, serta pemikiran yang lebih positif. Mensyukuri nikmatNya dan berkongsi nikmatNya dengan sesiapa sahaja. Sentiasa berusaha untuk lebih berjaya dan sentiasa berada dilandasan yang BENAR..InsyaALLAH..sesungguhnya DIA lebih mengetahui..
SELAMAT HARI MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
~Dijamin servis terbaik~
Terima Kasih diatas kerjasama anda..