RUTIN PETANG~ TADIKA KASIH SI COMEL


Assalamualaikum w.bw.t
Ermm...kalau anda semua nak tahu..inilah rutin harian murid-murid teacher yang transit di KSC. Setiap kali selesai waktu persekolahan, semua murid-murid teacher diwajibkan untuk membersihkan diri (mandi) diikuti dengan makan tengahari, solat zuhur dan tidur. 
INFO : Tidur ~ dapat merehatkan badan yang letih dan menenangkan minda dan otak kanak-kanak.

Nyenyak  tidur ~ seharian menuntut ilmu

Pada jam lebih kurang 2.15 ptg, semua pelajar yang mengikuti kelas asas fardhu-ain akan dikejutkan dan dihantar mengikuti kelas mengaji Al- Quran dan asas Fardhu-Ain (pengisian petang1)

Selesai sahaja pengisian petang 1, semua pelajar akan pulang dan mandi untuk kali ke-2 dan minum petang bersama-sama dengan harmoni dan gembira. Pengisian petang  diikuti dengan solat berjemaah bersama-sama. Para pelajar kelihatan ceria dan bersedia untuk menunaikan solat apabila perut telah kenyang. 


Solat Asar berjemaah bersama-sama
 Rutin setiap petang ~ semua murid pelajar akan mengisi masa lapang waktu petang dengan membuat serta menyiapkan kerja sekolah masing-masing. Cikgu pula sedia membantu pelajar yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Bagi pelajar yang mendaftar tuisyen @ KSC, mereka akan mengikuti kelas tuisyen bersama Teacher lah....

So, malam anak anda tidak perlu sibuk lagi..balik rumah dan rehat serta bermesra dengan ahli keluarga sahaja..semua tugasan dan kerja rumah telah disiapkan di KSC.

Anda sokong tindakan KSC??
Terima Kasih....

~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..