PENGUMUMAN CUTI SEKOLAH

PERHATIAN!

Terlibat: Tadika Kasih Si Comel shj.
Tarikh: 9 Mac 2012 - 17 Mac 2012 ( 9 hari shj)

Harap Maklum...
Terima Kasih :)

p/s ~Taska dan transit akan beroperasi seperti biasa.


~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..

Virus Rota


Apakah Virus Rota?
Virus rota merupakan sejenis penyakit berjangkit yang melibatkan golongan bayi dan kanak-kanak. Hampir  setiap kanak-kanak akan dijangkiti virus rota sekurang-kurangnya sekali sebelum usia mereka mencecah lima tahun. Menurut statistik  global, hampir 440 000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari akibat virus ini. Kebanyakan bayi  berusia diantara 3 hingga 24 bulan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan virus rota. Kira-kira 71 peratus kes jangkitan adalah di dalam tahun pertama kehidupan seorang bayi .



Apakah Simptom Virus Rota?
Terdapat beberapa simptom yang perlu anda ketahui bagi memudahkan anda mengenal pasti dan terus mendapatkan rawatan sekiranya perlu. Diantara simptom serangan virus rota adalah seperti  deman panas, muntah-muntah dan cirit-birit. Lazimnya demam panas dan muntah-mutah boleh berlarutan sehingga  9 hari manakala cirit-birit pula boleh berlarutan sehingga 3 minggu. Refleksi  daripada muntah dan cirit-birit yang berlarutan boleh memberikan masalah dehidrasi. Dehidrasi merupakan masalah besar  yang disebabkan oleh  virus rota dan dehidrasi yang serius boleh membawa maut. Selain itu, masalah muntah dan cirit-birit yang serius juga akan menjurus kepada kegagalan fungsi buah pinggang, kejutan dan kerosakan otak.Anak yang telah dijangkiti virus Rota harus segera mendapatkan rawatan bagi menggantikan kehilangan air di dalam badan. Pada kebanyakan masa, penggantian air itu perlu dilakukan menerusi intravena.


Langkah Pencegahan?
                Langkah-langkah pencegahan yang paling berkesan dan perlu diamalkan oleh para ibubapa ialah pemberian susu ibu dan pembasmian kuman pada setiap tempat bermain termasuk barang permainan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, kaedah pengambilan suntikan vaksin merupakan kaedah pencegahan terbaik bagi serangan virus rota lebih-lebih lagi pada awal usia seseorang bayi.



Bagaimana ia berjangkit?
                Virus Rota boleh tersebar menerusi najis ke mulut. Penyakit ini biasanya berpindah daripada manusia kepada manusia menerusi barangan mainan serta objek-objek yang tercemar.Virus tersebut sangat lasak memandangkan ia boleh hidup selama berjam-jam di atas tangan atau sehingga lima hari dalam persekitaran biasa.
“Biarpun membasuh tangan sangat penting, ia tidak bermakna bilangan virus yang ada akan berkurangan. Sebabnya, sabun biasa tidak boleh membunuh virus itu.”Jadi, penting bagi ibu bapa berbincang dengan doktor tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mencegah anak mereka daripada terkena jangkitan,”
Dr. Phaik Choo.
Perunding dan pakar pediatrik dari Pusat Perubatan Sime Darby

"Kasih Si Comel sentiasa mengambil berat. Utamakan kebersihan demi kesihatan mereka."


~Dijamin servis terbaik~ Terima Kasih diatas kerjasama anda..