SELAMAT TAHUN BARU 2012

Terima kasih kepada semua pelanggan yang dihormati dan dikasihi kerana masih setia bersama Taska dan Tadika Kasih  Si Comel. Kepada semua pelanggan yang baru berdaftar bersama, Selamat datang diucapkan kepada anda sekalian. Kasih Si Comel sentiasa menghargai pelanggan-pelanggannya. "Sentiasa memberikan yang terbaik" adalah prinsip yang tak pernah dilupakan dalam menyampaikan servis dari masa ke semasa.

Sempena tahun 2012 ini, kami berbesar hati untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda diatas segala kerjasama erat yang telah diberikan. Diharapkan hubungan ini akan terus terjalin diantara semua WARGA KASIH SI COMEL...

" yang jauh didekatkan...yang dekat dieratkan"

anda suka..kami gembira..