Tadika Kasih Si Comel

Alhamduillah,Tadika Kasih Si Comel telah berjaya mengakhiri jadual pembelajaran pertengahan tahun awal Mei 2011.Pada pertengahan Mei lalu, satu peperiksaan pertengahan tahun telah dilakukan dan nampaknya hampir keseluruhan pelajar telah menunjukkan prestasi cemerlang mengikut kebolehan masing-masing dalam subjek tersendiri.Kebanyakan murid telah menunjukkan 'progress'masing-masing kerana ada diantara mereka sudah mula membaca apatah lagi mengenal sukukata. Tahniah Teacher ucapkan.

Dengan kehadiran murid seramai 16 orang pada tahun pertamanya, ini merupakan satu kepercayaan ibubapa dan penghormatan besar kepada Kasih Si Comel . Kasih Si Comel sentiasa berusaha keras dalam pelajaran murid-muridnya sepanjang tahun bagi mencapai 'target' Tadika itu sendiri, justeru usaha ini akan diteruskan di masa hadapan sekiranya peluang dan kepercayaan ibubapa terus diberikan kepada pihak KSC.

Terima kasih kepada semua ibubapa yang telah memberikan kerjasama kepada pihak KSC sepanjang pertengahan tahun ini dan kerjasama anda itu telah memberikan impak besar dan kesan positif kepada murid-murid di sini. Sistem pembelajaran dua hala iaitu di sekolah dan di rumah yang diwar-warkan sepanjang awal pertengahan tahun telah menunjukkan kesan positif kepada keputusan murid-murid dan diharapkan akan dijadikan amalan oleh setiap ibubapa di rumah.